Recents in Beach

header ads

Awak Suka Saya Tak (Drama Astro)


Sebuah lagi drama romantik yang diadaptasi dari novel Awak Suka Saya Tak karya Melur Jelita bakal menemui anda menerusi saluran Astro RIA. Drama slot MegaDrama ini bakal menggandingkan pelakon Emma Maembong dan Alvin Chong sebagai teraju utama dan khabarnya drama 16 episod ini bakal menemui penonton pada oktober nanti.

TAJUK

AWAK SUKA SAYA TAK

TARIKH TAYANGAN : Oktober 2017 / 9 PM
SLOT : MegaDrama
SALURAN : Astro Ria 104 & Ria HD 123
ARAHAN : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PARA PELAKON : Emma Maembong, Alvin Chong, Rebecca Nur, Sabhi Saddi, Mustapha Kamal, Fieza Jolie, Aman Aziz

Sinopsis Awak Suka Saya Tak

Kisah kasih sayang antara Hilman Yong, seorang kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha, seorang gadis Melayu. Hilman telah jatuh cinta dengan Intan sejak pertama kali ketemu lapan tahun yang lalu di sebuah restoran. Hilman, seorang yang baru mengenali Islam berdoa agar dipertemukan dengan Intan lagi. Mereka bertemu kembali dan mula rapat. Hilman cuba melamar Intan tetapi ditolak kerana Intan belum bersedia.

Tiga tahun kemudian, Intan ketemu dengan Hilman ketika mengendalikan kursus di Kuala Terengganu. Mereka kembali rapat dan merancang untuk berkahwin. Namun tragedi berlaku, Hilman kemalangan lalu hilang ingatan. Munculnya Damien yang tidak ingat akan agama. Intan berusaha untuk mengembalikan ingatan Damien kepada agamanya dan mengembalikan cintanya yang hilang.

Pelakon Awak Suka Saya Tak