Recents in Beach

header ads

Hamba Iblis (Telefilem Citra Exclusive Astro)


Jangan lupa untuk meluangkan masa di malam minggu anda nanti untuk menonton sebuah telefilem seram berjudul Hamba Iblis. Telefilem ini dibarisi pelakon mantap seperti Amerul Affendi, Siti Saleha dan Namron. Hamba Iblis bakal ditayangkan menerus saluran Astro Citra dan Astro Mustika HD pada jam 9 malam bertarikh 31 Mac 2018.

TAJUK

HAMBA IBLIS

SLOT : Citra Exclusive 
SALURAN : Astro Citra 131 & Mustika HD 134
ARAHAN : Razaisyam Rashid
TERBITAN : Arie Zaharie Production Sdn Bhd
PARA PELAKON : Amerul Affendi, Siti Saleha, Namron, Ken Ridzuan, Mior Hashim Manap

 

Sinopsis Telefilem Hamba Iblis

Kerana cinta dan tamak harta, Tahir tergamak menggunakan ilmu hitam untuk memikat Aisyah dan untuk memperoleh kekayaan. Namun, ada syarat yang harus dipatuhi iaitu DARAH ataupun isterinya menjadi taruhan.