Jangan ketinggalan untuk menonton telefilem menarik berjudul Cekelat Tak Semanis Honey dan merupakan sekuel untuk drama Cekelat Semanis Honey. Telefilem ini bakal ditayangkan pada 17 mac ini di jam 9 malam. Menampilkan Siti Nordiana dan Fikry Ibrahim sebagai teraju utama, turut menjayakan telefilem ini adalah Zulin Aziz, Khaleila Hisham, Lan Solo dan ramai lagi.
Sinopsis Cekelat Tak Semanis Honey
Selepas mendirikan rumahtangga, Adam dan Maya kini telahpun hidup bahagia. Namun perkahwinan mereka diuji apabila video Adam berkaraoke bersama pelakon popular, Anita menjadi viral di laman sosial. Nama Maya pula kian dikenali ramai apabila nyanyiannya di Smule disukai netizen.