Recents in Beach

header ads

Monalisa (Drama Astro Prima Dan Maya HD)

Monalisa (Drama Astro Prima Dan Maya HD)

Monalisa merupakan sebuah lagi drama yang bakal menemui penonton menerusi saluran Astro Prima dan Maya HD menggantikan drama sebelum ini Syurga Yang Kedua. Drama bersiri 80 episod ini menggandingkan Zara Zya dan Nazim Othman bersama Mona Allen sebagai teraju utama. Drama Monalisa akan bermula tayangan sebaik sahaja tamat Syurga Yang Kedua.

Sinopsis Drama Monalisa

Kisah Melissa seorang pewaris hotel terkenal. Melissa mempunyai hubungan romantik dengan Johan yang juga merupakan pengurus hotel tersebut. Kehidupannya berubah apabila berkawan dengan Ramona yang cemburu akan kemewahan yang dimilikinya. Ramona merancang untuk mengambil segalanya milik Melissa termasuklah teman lelakinya Johan.

Ramona kemudiannya berjaya meyakinkan dewan pengarah untuk memecat Melissa dari kedudukannya sebagai Naib Presiden. Disaat Melissa ditimpa kesusahan, Adam mebantu Melissa mendapatkan pekerjaan di restorannya. Adam sebelum ini pernah bekerja sebagai tukang masak di hotel tersebut. Melissa merancang untuk membalas dendam dan merampas kembali haknya.

Para Pelakon

Zara Zya sebagai Melissa
Nazim Othman sebagai Johan
Mona Allen sebagai Ramona
Hafreez Adam sebagai Adam Hakim