Recents in Beach

header ads

Adam Chempaka (Drama Slot Lestary TV3)



Adam Chempaka bakal bersiaran di TV3 menerusi slot Lestary bermula pada 12 jun 2019 nanti. Menampilkan Adam Lee dan Sweet Qismina sebagai tunjang utama dan turut dibantu oleh beberapa pelakon lain seperti Raja Afiq, Zera Hariz, Riena Diana dan ramai lagi. Jangan ketinggalan menonton drama ini di jam 9 malam setiap rabu hingga jumaat.

TAJUK

ADAM CHEMPAKA

EPISOD : 13 episod
TARIKH MULA TAYANGAN : 12 Jun 2019
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SLOT : Lestary
SALURAN : TV3
SKRIP : Nieza Nahar & Jue Zurhanisza
ARAHAN : Idora Abdul Rahman
TERBITAN : Creative Skill Solution
PARA PELAKON : Adam Lee, Sweet Qismina, Raja Afiq, Zera Hariz, Balkisyh Semundur Khan, Dhia Ly, Roy Azman, Ku Faridah, Kazar Saisi, Sharul Kamal, Riena Diana, Nada Nursyuhada, Alif Hadi, Syafnida Shuhaimi

WATAK DAN PELAKON
Adam Lee sebagai Adam Mirza
Sweet Qismina sebagai Chempaka
Zera Hariz sebagai Laila
Raja Afiq sebagai Khairil
Balkisyh Semundur Khan sebagai Che Shima
Dhia Ly sebagai Shasha
Roy Azman sebagai En Lutfi
Ku Fridah sebagai Zubaidah
Kazar Saisi sebagai Pak Dan
Sharul Kamal sebagai Syukri
Riena Diana sebagai Bella
Nada Nursyuhada sebagai Ayu
Alif Hadi sebagai Luqman

Sinopsis Drama Adam Chempaka

Kisah Chempaka, gadis manis yang tinggal bersama nenek dan kakak ipar yang berniat jahat. Kemudian datang Adam, jejaka yang baik hati muncul dalam hidupnya. Mereka berkenalan antara satu sama lain dan mula jatuh cinta.